
Surah Al-A’raf
| Klasifikasi Surah: | Makkiyyah |
| Surah: | 7 |
| Juzuk: | 8 (1 – 87) 9 (88 – 206) |
| Jumlah Ayat: | 206 |
| Maksud Surah: | Tempat Tertinggi |
Intisari Surah
Surah ini dinamakan Al-A’raf kerana perkataan Al-A’raf terdapat di dalam ayat-ayat 46 dan 48 yang menceritakan tentang keadaan orang-orang yang berada di atas Al-A’raf iaitu tempat yang tertinggi di batas atau benteng di antara syurga dan neraka. Hanya di dalam surah ini terdapat satu berita yang akan berlaku kelak, bahawa segolongan hamba Allah duduk di puncak benteng dan dapat bercakap dengan penghuni neraka yang berada di sebelah pihak dan dapat juga bercakap dengan penghuni syurga yang berada di sebelah pihak lain. Akhirnya, penghuni A’raf ini dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah Swt.
Surah ini merupakan surah Makkiyyah yang terpanjang dan termasuk golongan surah Assab ‘uththiwaal (7 surah yang panjang).
Isi Kandungan Utama
Kemuliaan Al-Quran: Mengajak manusia mengikut petunjuk Allah Swt dan tidak melanggar perintah-Nya.
Kisah Nabi Adam as & Iblis: Menjelaskan permulaan tipu daya syaitan serta kepentingan ketaatan dan segera bertaubat.
Kisah Para Nabi: Memuatkan kisah dakwah Nabi Nuh as, Nabi Hud as, Nabi Saleh as, Nabi Lut as, Nabi Syuaib as dan Nabi Musa as menentang kaum yang sombong serta kesudahan azab bagi yang ingkar.
Penghuni Al-A’raf: Menceritakan tentang suatu tempat tinggi di antara syurga dan neraka serta dialog antara penghuninya.
Larangan Berlebihan: Mengandungi panduan hidup agar makan dan minum secara sederhana serta tidak membazir.
Segmentasi Surah



Rujukan dari blog Kita Hamba: https://kitahamba.wordpress.com/2016/07/10/di-sebalik-al-araf/