Surah Al-A’raf
Klasifikasi Surah: | Makkiyyah |
Surah: | 7 |
Juz: | 8 (1 – 87) 9 (88 – 206) |
Jumlah Ayat: | 206 |
Maksud Surah: | Tempat Tertinggi |
Intisari Surah
Surah ini dinamakan Al-A’raf kerana perkataan Al-A’raf terdapat di dalam ayat-ayat 46 dan 48 yang menceritakan tentang keadaan orang-orang yang berada di atas Al-A’raf iaitu tempat yang tertinggi di batas atau benteng di antara syurga dan neraka. Hanya di dalam surah ini terdapat satu berita yang akan berlaku kelak, bahawa segolongan hamba Allah duduk di puncak benteng dan dapat bercakap dengan penghuni neraka yang berada di sebelah pihak dan dapat juga bercakap dengan penghuni syurga yang berada di sebelah pihak lain. Akhirnya, penghuni A’raf ini dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah.
Surah ini merupakan surah Makiyyah yang terpanjang dan termasuk golongan surah Assab ‘uththiwaal (7 surah yang panjang).
Isi kandungan surah ini merangkumi berikut:
Keimanan
- Al-Quran adalah kalamullah, mukjizat Rasulullah saw dan merupakan nikmat daripada Allah Ta’ala.
- Nabi Adam as adalah bapa kepada sekalian manusia.
- Pengakuan keesaan Allah Ta’ala, ibadah kepadaNya semata, mengikhlaskan agama padaNya dan pengakuan hakNya dalam penetapan sebarang hukum.
- Wahyu dan risalah daripada Allah Ta’ala.
- Penetapan adanya hari kebangkitan dan balasan di akhirat.
- Dalil-dalil adanya Allah Ta’ala.
Kisah
- Nabi Adam as dan iblis.
- Keadaan penghuni syurga, neraka dan a’raf (orang-orang di tempat tertinggi).
- Para nabi seperti Nabi Nuh as, Nabi Hud as, Nabi Saleh as, Nabi Lut as, Nabi Syuaib as dan Nabi Musa as.
- Bani Israil
Lain-lain
- Ancaman Allah Ta’ala tentang pembinasaan umat-umat yang zalim sebagai pelajaran.
- Kelalaian dan penawarnya.
- 4 panggilan bagi Bani Adam.
- Petunjuk buat Rasulullah saw dan orang-orang beriman.
Segmentasi Surah
Kita Hamba: https://kitahamba.wordpress.com/2016/07/10/di-sebalik-al-araf/