
Surah Al-Anbiya’
| Klasifikasi Surah: | Makkiyyah |
| Surah: | 21 |
| Juzuk: | 17 |
| Jumlah Ayat: | 112 |
| Maksud Surah: | Para Nabi |
Intisari Surah
Surah ini dinamakan sebagai Al-Anbiya’ kerana mengandungi kisah-kisah perjuangan para Nabi yang boleh dijadikan sebagai ibrah (pelajaran) daripada kesulitan dan pelbagai rintangan yang terpaksa dihadapi dan ditempuhi oleh mereka serta ketabahan mereka berkorban di jalan Allah Ta’ala demi menghadapi kaum mereka.
Surah ini merupakan surah Makkiyyah yang turun pada fasa ke-3 ketika seksaan fizikal dan boikot besar-besaran dilancarkan terhadap Rasullullah saw dan para sahabat oleh kaum Quraisy.
Tema surah ini adalah menjawab satu persatu tuduhan Quraisy kepada Rasulullah saw mengenai tauhid dan Hari Akhirat dan penghujung surah ini merakamkan bahawa kedatangan para anbiya’ adalah rahmat bagi manusia.
Isi Kandungan Utama
Amaran Hari Kiamat: Surah bermula dengan penegasan bahawa hari perhitungan amal (hisab) manusia sudah semakin dekat, tetapi ramai yang masih lalai.
Konsep Kenabian: Menolak pendirian kaum musyrik Mekah yang enggan menerima Nabi Muhammad saw kerana menganggap rasul sepatutnya dari kalangan malaikat. Allah menegaskan semua rasul adalah manusia biasa yang makan dan minum serta tidak kekal hidup di dunia.
Kesatuan Mesej Tauhid: Menjelaskan bahawa seluruh para nabi membawa satu risalah yang sama, iaitu mengesakan Allah (tauhid) dan mengabdikan diri kepada-Nya.
Kisah Para Nabi & Ujian: Memaparkan ketabahan para nabi dalam menghadapi ujian hidup serta bagaimana Allah menyelamatkan mereka yang taat dan membinasakan golongan yang zalim.
Kunci Kehidupan & Doa: Mengandungi doa-doa para nabi ketika dalam kesusahan yang dimakbulkan Allah Swt, seperti doa Nabi Ayyub as dan Nabi Yunus as.
Segmentasi Surah



Rujukan dari blog Kita Hamba: https://kitahamba.wordpress.com/category/21-al-anbiya/