
Surah Al-A’la
| Klasifikasi Surah: | Makkiyyah |
| Surah: | 87 |
| Juzuk: | 30 |
| Jumlah Ayat: | 19 |
| Maksud Surah: | Yang Paling Tinggi |
Intisari Surah
Surah ini dinamakan Al-A’la yang bererti “Yang Paling Tinggi” diambil daripada perkataan Al-A’la (ٱلْأَعْلَى) yang terdapat pada ayat pertama surah ini.
Isi Kandungan Utama
Penyucian Allah Swt: Menyeru manusia bertasbih dan mengagungkan nama Allah Yang Maha Tinggi yang menciptakan dan menyempurnakan kejadian manusia, alam dan tumbuh-tumbuhan.
Jaminan Al-Quran: Menyatakan janji Allah kepada Nabi Muhammad saw bahawa baginda tidak akan lupa akan bacaan Al-Quran yang diajarkan dan menegaskan fungsi dakwah untuk memberi peringatan.
Sikap Manusia: Manusia terbahagi kepada dua; orang yang takut kepada Allah akan menerima peringatan manakala orang yang celaka akan menjauhinya dan masuk ke dalam neraka yang besar.
Keutamaan Akhirat: Golongan yang beruntung adalah mereka yang menyucikan diri, mengingati Allah dan mendirikan solat. Surah ini ditutup dengan peringatan bahawa kehidupan akhirat adalah jauh lebih baik dan kekal serta menyatakan risalah ini juga terdapat dalam kitab-kitab Nabi Ibrahim as dan Nabi Musa as.