
Surah Al-‘Ankabut
| Klasifikasi Surah: | Makkiyyah |
| Surah: | 29 |
| Juz: | 20 (1 – 44) 21 (45 – 69) |
| Jumlah Ayat: | 69 |
| Maksud Surah: | Labah-labah |
Intisari Surah
Surah ini dinamakan Al-‘Ankabut kerana terdapat perkataan Al-‘Ankabut yang bererti labah-labah pada ayat 41 surah ini. Dalam ayat tersebut, Allah Ta’ala menyamakan para penyembah berhala-berhala dengan labah-labah yang percaya kepada kekuatan rumahnya sebagai tempat ia berlindung dan tempat ia menjerat mangsanya, padahal kalau dihembus angin atau ditimpa oleh suatu barang yang kecil sahaja pun, rumah itu akan binasa. Begitulah halnya kaum musyrikin yang percaya kepada kekuatan sembahan-sembahan mereka sebagai tempat berlindung dan tempat meminta sesuatu yang mereka ingini, padahal sembahan-sembahan mereka itu tidak mampu sedikit pun menolong mereka daripada azab Allah Swt sewaktu di dunia, seperti yang terjadi kepada kaum-kaum terdahulu.