Al-Quran Mengandungi Ayat-ayat yang Jelas
Surah 28: Al-Qasas (1 – 2)
Ayat 1
طسٓمٓ
Ta Sin Mim.
Ayat 2
تِلْكَ ءَايَـٰتُ ٱلْكِتَـٰبِ ٱلْمُبِينِ
Ini adalah ayat-ayat kitab (Al-Quran) yang jelas (daripada Allah).
Allah Swt menyatakan tentang Al-Quran yang diturunkan-Nya, mengandungi ayat-ayat yang terang, tegas dan menyingkap pelbagai hakikat permasalahan serta menjelaskan perkara-perkara yang telah terjadi dan yang akan terjadi. Firman-firman-Nya dalam ayat yang lain:
“Inilah ayat-ayat kitab (Al-Quran) yang jelas.”
Asy-Syu’ara’ 26:2
“Demi kitab (Al-Quran) yang jelas.”
Az-Zukhruf 43:2