Muqaddimah-An-Naml

Surah An-Naml

Surah An-Naml


Klasifikasi Surah:Makkiyyah
Surah:27
Juz:19 (1 – 55)
20 (56 – 93)
Jumlah Ayat:93
Maksud Surah:Semut

Intisari Surah

Surah ini dinamakan An-Naml yang bererti semut, kerana pada ayat 18 dan 19 terdapat perkataan An-Naml (semut), yang menyebutkan raja semut mengarahkan anak-anak buahnya masuk ke sarang masing-masing supaya tidak terpijak oleh Nabi Sulaiman as dan tenteranya yang akan melalui tempat tersebut.

Surah ini termasuk dalam golongan surah-surah Makkiyyah dan diturunkan pdaa fasa ke-3. Menurut Ibnu Abbas ra, kronologi penurunan surah sangat berdekatan iaitu Surah Asy-Syu’ara’ terlebih dahulu, An-Naml dan kemudian Al-Qasas. Ketiga-tiga surah ini mempunyai satu persamaan iaitu memberi gambaran sirah perjuangan Nabi Musa as.

Kaitan dengan surah sebelumnya (Surah Asy-Syu’ara’):

Surah ini penyambung Asy-Syu’ara’ melalui kisah-kisah para anbiya’ untuk memotivasikan Rasulullah saw.

Tema surah:

Turun ketika Rasulullah saw sedih kerana Quraisy terus-menerus menolak dakwah Rasulullah saw, mereka menuduh baginda tidak membawa sebarang mukjizat dan pengikut baginda lemah dan bodoh.

Segmentasi Surah

Segmentasi Surah An-Naml

Rujukan dari blog Kita Hamba: https://kitahamba.wordpress.com/category/27-an-naml/