
Surah Asy-Syu’ara’
| Klasifikasi Surah: | Makkiyyah |
| Surah: | 26 |
| Juz: | 19 |
| Jumlah Ayat: | 227 |
| Maksud Surah: | Para Penyair |
Intisari Surah
Surah ini dinamakan Asy-Syu’ara’ (kata jamak daripada Asy-Sya’ir yang bererti penyair) diambil daripada perkataan Asy-Syu’ara’ (ٱلشُّعَرَآءُ) yang terdapat pada ayat 224.
Penyair ketika itu merupakan golongan yang berpengaruh kerana mampu memukau bangsa Arab dengan syair mereka. Allah Swt membenamkan kebatilan syair dengan mukjizat Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa syair itu sendiri iaitu bahasa Arab.
Terdapat beberapa nilai yang berharga dalam surah ini iaitu daripada pelbagai kisah para Nabi yang umat mereka dimusnahkan. Selain itu, terdapat sebahagian kisah hamba Allah yang dimuliakan iaitu Nabi Musa as dan Nabi Ibrahim as.
