Surah 24: An-Nur (64)

Kepunyaan Allah Swt Apa yang di Langit dan Bumi

Surah 24: An-Nur (64)


Ayat 64

أَلَآ إِنَّ لِلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ ۖ قَدْ يَعْلَمُ مَآ أَنتُمْ عَلَيْهِ وَيَوْمَ يُرْجَعُونَ إِلَيْهِ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا عَمِلُوا۟ ۗ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ

Ketahuilah, sesungguhnya kepunyaan Allah-lah apa yang di langit dan di bumi. Sesungguhnya Dia mengetahui keadaan yang kamu berada di dalamnya (sekarang). Dan (mengetahui pula) hari (manusia) dikembalikan kepada-Nya, lalu diterangkan-Nya kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Allah menyatakan bahawa Dia-lah Pemilik langit dan bumi. Dia Berkuasa mencipta sesuatu, berbuat mengikut apa yang dikehendaki-Nya dan menghukum sesuai dengan apa yang diinginkan-Nya.

Allah Maha Mengetahui segala yang zahir dan batin. Semua manusia akan kembali kepada-Nya di akhirat nanti. Dia akan memberitahu mereka tentang semua amal perbuatan yang telah mereka lakukan di dunia dan memberikan balasan yang setimpal dengan amalan mereka. Oleh itu hanya Dia yang layak ditakuti dengan menerima segala seruan rasul-Nya, tidak menyelisihi perintah-Nya dan tidak menentang larangan-Nya kerana seksaan-Nya amat keras dan berat.