Perintah Melaksanakan Solat dan Zakat
Surah 24: An-Nur (56)
Ayat 56
وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَطِيعُوا۟ ٱلرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, dan taatlah kepada Rasul, supaya kamu diberi rahmat.
Allah Ta’ala memerintahkan para hamba-Nya melaksanakan solat dan menunaikan zakat.
▪️ Solat adalah satu bentuk peribadahan semata-mata kepada-Nya, iaitu Rabb Yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya.
▪️ Zakat pula adalah berbuat baik dengan cara berkongsi nikmat kepada para makhluk-Nya yang lemah dan fakir.
Dalam melaksanakan kedua-duanya ini, mereka hendaklah mentaati perintah Rasulullah saw dan meninggalkan apa yang dilarang. Tidak diragukan lagi, sesiapa yang melakukan hal-hal di atas, nescaya akan mendapat anugerah dan rahmat daripada-Nya. Firman-Nya:
“……….Mereka itulah yang akan diberikan rahmat oleh Allah…….”
At-Taubah 9:71