Orang Kafir Sentiasa Berada dalam Keraguan terhadap Al-Quran
Surah 22: Al-Hajj (55)
Ayat 55
وَلَا يَزَالُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ فِى مِرْيَةٍ مِّنْهُ حَتَّىٰ تَأْتِيَهُمُ ٱلسَّاعَةُ بَغْتَةً أَوْ يَأْتِيَهُمْ عَذَابُ يَوْمٍ عَقِيمٍ
Dan orang-orang kafir itu sentiasa berada dalam keraguan terhadap Al-Quran, hingga datang kepada mereka saat (kematiannya) dengan tiba-tiba atau datang kepada mereka azab Hari Kiamat.
Allah Ta’ala menyatakan bahawa orang-orang kafir sentiasa berada dalam keadaan ragu-ragu terhadap Al-Quran sehingga kiamat datang kepada mereka secara tiba-tiba sedangkan ketika itu mereka masih mendustakan-Nya dan Rasul-Nya. Bahkan keraguan mereka itu terbawa sehingga mereka merasakan azab Hari Kiamat yang datang kepada mereka.
Ayat ini juga merupakan suatu peringatan dan ancaman kepada semua manusia yang meragui Al-Quran.