Muqaddimah-Maryam

Surah Maryam

Surah Maryam


Klasifikasi Surah:Makkiyyah
Surah:19
Juz:16
Jumlah Ayat:98
Maksud Surah:Maryam (ibu kepada Nabi Isa as)

Intisari Surah

Surah ini dinamakan Maryam kerana terdapat kisah Maryam, ibu kepada Nabi Isa as dalam ayat 16 hingga ayat 35. Ayat Sajdah berada pada ayat 58.

Surah ini termasuk golongan surah-surah Makkiyyah kerana hampir seluruh ayatnya diturunkan sebelum Nabi Muhammad saw berhijrah ke Madinah, bahkan sebelum sahabat-sahabat baginda berhijrah ke negeri Habsyah.

Antara Isi kandungan:

1️⃣   Keimanan:

▪️     Nabi Isa as bukan anak Allah Swt dan tidak benar Allah Ta‘ala memerlukan anak.

▪️     Sesiapa yang mengatakan Allah Ta‘ala melahirkan seorang anak, dia sebenarnya membuat kebohongan yang sangat dahsyat. Langit akan pecah, bumi akan terbelah dan gunung akan runtuh andai mendengar ucapan tersebut.

2️⃣   Kisah-kisah:

▪️     Kisah Nabi Zakaria as dan kelahiran Nabi Yahya as.

▪️     Kisah kehamilan Maryam dan kelahiran Nabi Isa as yang menakjubkan

▪️     Nabi Isa as berkata-kata (berkhutbah) kepada umatnya ketika masih bayi dalam buaian.

▪️     Kisah Nabi Ibrahim as dan ayahnya.

3️⃣   Lain-lain:

▪️    Semua nabi adalah orang-orang yang dipandu oleh Allah Ta‘ala secara terus dan merupakan orang-orang yang terpilih.

▪️    Keadaan kehidupan orang beriman dan orang musyrik di dunia dan di akhirat.

▪️    Allah Ta‘ala menjadikan Al-Quran itu mudah untuk umat manusia.