Perintah Allah Swt kepada Rasulullah saw agar Tidak Bersedih kerana Orang Musyrik Tidak Beriman
Surah 18: Al-Kahfi (6)
Ayat 6
فَلَعَلَّكَ بَـٰخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰٓ ءَاثَـٰرِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا۟ بِهَـٰذَا ٱلْحَدِيثِ أَسَفًا
Maka barangkali engkau (Muhammad) akan membinasakan dirimu kerana bersedih hati setelah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al-Quran).
Ayat ini sebagai penghibur hati Rasulullah saw yang sedang bersedih kerana orang-orang musyrik tidak mahu beriman dengan Al-Quran dan menjauhi Baginda. Firman Allah Swt dalam ayat yang lain:
“Boleh jadi engkau (Muhammmad) akan membinasakan dirimu (dengan kesedihan), kerana mereka (penduduk Mekah) tidak beriman.”
Asy-Syu‘ara’ 26:3
Qatadah dan Mujahid menyatakan maksud ayat ini ialah Allah Ta’ala memerintahkan Baginda supaya tidak bersedih terhadap orang-orang musyrik yang tidak mahu menerima Al-Quran, sebaliknya terus menyampaikan risalah-Nya. Ini kerana sesiapa yang mengikuti petunjuk, maka petunjuk itu adalah untuk dirinya sendiri dan sesiapa yang tersesat, maka sesungguhnya dia sendiri yang menyesatkan dirinya.