Surah 18: Al-Kahfi (4 – 5)

Ancaman kepada Orang yang Mengatakan Allah Swt Mempunyai Anak

Surah 18: Al-Kahfi (4 – 5)


Ayat 4

وَيُنذِرَ ٱلَّذِينَ قَالُوا۟ ٱتَّخَذَ ٱللَّهُ وَلَدًا

Dan untuk memperingatkan kepada orang-orang yang berkata, “Allah mengambil seorang anak.”

Ayat 5

مَّا لَهُم بِهِۦ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِـَٔابَآئِهِمْ ۚ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَٰهِهِمْ ۚ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا

Mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang hal itu, begitu pula nenek moyang mereka. Alangkah buruknya kata-kata yang keluar daripada mulut mereka, mereka tidak mengatakan (sesuatu) kecuali dusta.

Dalam Tafsir Ibnu Kathir, dinyatakan bahawa ayat ini berkaitan dengan orang-orang musyrik Arab yang mengatakan mereka menyembah malaikat yang mereka sifatkan sebagai anak-anak perempuan Allah Swt. Maha Suci Allah daripada apa yang mereka perkatakan.

Inilah perkataan buruk yang keluar daripada mulut mereka dan betapa besarnya pendustaan mereka terhadap Allah Swt. Sesungguhnya pendustaan ini diwarisi daripada nenek moyang mereka tanpa berdasarkan ilmu.