
Surah Al-Kahfi
| Klasifikasi Surah: | Makkiyyah |
| Surah: | 18 |
| Juz: | 15 (1 – 74) 16 (75 – 110) |
| Jumlah Ayat: | 110 |
| Maksud Surah: | Gua |
| Nama Lain: | Ashabul Kahfi |
Intisari Surah
Surah ini dinamakan Al-Kahfi kerana diambil daripada kisah yang terdapat dalam surah ini pada ayat 9 sehingga ayat 26, tentang beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya.
Sejarahwan, Muhammad bin Ishaq melaporkan bahawa surah ini diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh pendeta Yahudi yang tinggal di Madinah, manakala ayat ini diturunkan semasa baginda berada di Mekah. Menurut Ibn Ishaq, kaum Quraisy yang ketika itu sedang gelisah dengan ahlinya yang mengakui akan kenabian mula berunding dengan para pendeta berkenaan hal tersebut. Kaum Quraisy menghantar dua orang untuk berjumpa dengan para pendeta di Madinah, memandangkan yang mereka mempunyai ilmu yang lebih tinggi tentang kitab dan nabi. Kedua-dua orang tersebut menceritakan tentang Rasulullah saw kepada pendeta tersebut.
Para pendeta memberitahu lelaki itu untuk bertanyakan kepada Nabi Muhammad saw tiga soalan:
Para pendeta berkata, “Tanya dia tentang tiga perkara yang akan kami beritahu kamu untuk ditanyakan, dan jika dia menjawabnya, maka dialah Nabi yang telah diutus; dan jika dia tidak menjawab, ketahuilah apa yang dikatakannya selama ini tidak benar, bermakna apa yang kamu nak buat dengannya terserahlah kepada kamu. Tanyakan dia tentang para pemuda yang hidup pada dahulu kala dan tanyakan dia tentang kisah mereka memandangkan kisah mereka aneh dan menakjubkan. Tanyakan dia tentang seorang lelaki yang mengembara jauh hingga ke timur dan barat dunia, apakah kisahnya. Dan tanyakan dia tentang Ruh – apakah itu? Jika dia memberitahu kamu tentang hal ini, maka dia ialah Nabi, oleh itu, ikutilah dia. Tetapi, jika dia tidak memberitahu kamu, maka dia adalah orang yang mereka-reka, terpulang kepada kamu apa yang kamu ingin lakukan padanya.”
Menurut Ibn Ishaq, apabila Nabi Muhammad saw ditanyakan tiga soalan daripada para pendeta tersebut, baginda berkata yang baginda akan menjawabnya pada keesokan pagi tetapi tidak mengungkapkan “inshaa Allah”. Selama 15 hari baginda menunggu wahyu tetapi tidak kunjung tiba dan selama itu juga baginda tidak menjawab soalan tersebut. Penduduk Mekah mula meragui kenabian baginda. Kemudian, selepas 15 hari berlalu, baginda menerima wahyu berupa Surah Al-Kahfi sebagai jawapan kepada persoalan pendeta Yahudi tersebut.