Surah 15: Al-Hijr (78 – 79)

Kebinasaan Penduduk Aikah iaitu Kaum Nabi Syuaib as

Surah 15: Al-Hijr (78 – 79)


Ayat 78

وَإِن كَانَ أَصْحَـٰبُ ٱلْأَيْكَةِ لَظَـٰلِمِينَ

Dan sesungguhnya adalah penduduk Aikah itu benar-benar kaum yang zalim.

Ayat 79

فَٱنتَقَمْنَا مِنْهُمْ وَإِنَّهُمَا لَبِإِمَامٍ مُّبِينٍ

Maka Kami membinasakan mereka. Dan sesungguhnya kedua-dua negeri (kota kaum Lut dan Aikah) itu benar-benar terletak di jalan umum yang terang.

Penduduk Aikah adalah kaum Nabi Syu’aib as. Adh-Dhahhak, Qatadah dan lain-lain mengatakan bahawa Aikah adalah pohon yang rendang.

Kezaliman yang mereka lakukan ialah menyekutukan Allah Ta’ala, merompak di jalanan, dan mengurangi sukatan serta timbangan. Ini boleh dirujuk dalam ayat 85 dan 86 Surah Al-A’raf dan ayat 84 Surah Hud. Allah Ta’ala menurunkan azab berupa satu pekikan suara kuat yang diikuti dengan gempa bumi pada hari mereka dinaungi awan.

Dalam catatan sejarah, Kaum Aikah ini muncul tidak lama selepas binasanya Kaum Nabi Lut as. Mereka hidup di tempat yang biasa dilalui orang sebagaimana keadaan kaum Nabi Lut as. Menurut Ibnu ’Abbas ra, Mujahid, Ad-Dahhak, dan lain-lainnya kedua-dua negeri benar-benar terletak di jalan awam yang terang. Oleh yang demikian Nabi Syu’aib as mengingatkan kaumnya dengan ancaman sebagaimana firman Allah Ta’ala:

“………Sedangkan kaum Lut tidak (pula) jauh (tempatnya) daripada kalian.”

Hud 11:89