Surah 15: Al-Hijr (43 – 44)

Keterangan tentang Neraka

Surah 15: Al-Hijr (43 – 44)


Ayat 43

وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمَوْعِدُهُمْ أَجْمَعِينَ

Dan sesungguhnya Jahannam itu benar-benar tempat yang telah diancamkan kepada mereka (pengikut-pengikut syaitan) semuanya.

Neraka merupakan tempat yang dijanjikan bagi semua orang-orang yang mengikut ajakan Iblis.

Ayat 44

لَهَا سَبْعَةُ أَبْوَٰبٍ لِّكُلِّ بَابٍ مِّنْهُمْ جُزْءٌ مَّقْسُومٌ

Jahannam itu mempunyai tujuh pintu. Tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu daripada mereka.”

Ayat ini bermaksud, setiap pintu neraka Jahannam itu telah ditetapkan bagi golongan pengikut-pengikut Iblis yang pasti akan memasukinya. Setiap golongan tersebut akan masuk dan tinggal di dalamnya sesuai dengan amalan masing-masing. Begitu juga tingkatan kedudukan mereka dalam neraka ditentukan mengikut amalan mereka.