Surah 14: Ibrahim (1)

Tujuan Al-Quran Diturunkan

Surah 14: Ibrahim (1)


Ayat 1

الٓر ۚ كِتَـٰبٌ أَنزَلْنَـٰهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ ٱلنَّاسَ مِنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَىٰ صِرَٰطِ ٱلْعَزِيزِ ٱلْحَمِيدِ

Alif, Lam, Ra. (Ini adalah) kitab yang Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad), supaya kamu mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya dengan izin Rabb mereka, iaitu menuju jalan (Rabb) Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.

Tujuan Allah Ta‘ala mengutuskan Nabi Muhammad saw dan menurunkan Al-Quran kepadanya adalah agar Baginda menunjukkan kepada manusia jalan keluar daripada kesesatan dan kejahilan kepada petunjuk dan kebenaran. Itulah jalan kepada Rabb Yang Maha Perkasa, Rabb yang melakukan apa yang Dia kehendaki dan Maha Terpuji atas setiap perbuatan, perkataan dan syariat-Nya. Firman-Nya:

“Dia-lah yang menurunkan kepada hamba-Nya ayat-ayat yang terang (Al-Quran) supaya Dia mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya. Dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Penyantun lagi Maha Penyayang terhadapmu.”

Al-Hadid 57:9