Surah Ibrahim
Klasifikasi Surah: | Makkiyyah |
Surah: | 14 |
Juz: | 13 |
Jumlah Ayat: | 52 |
Maksud Surah: | Nabi Ibrahim as |
Intisari Surah
Surah ini dinamakan Ibrahim, kerana terdapat doa Nabi Ibrahim as dalam surah ini iaitu mulai ayat 35 hingga ayat 41. Doa ini isinya antara lain:
▪️ Agar Mekah dan daerah di sekitarnya menjadi daerah yang aman dan makmur.
▪️ Agar keturunannya dijauhkan daripada menyembah berhala-berhala.
▪️ Agar dijadikan hati sebahagian manusia cenderung kepada keturunannya dan diberikan rezeki kepada mereka daripada buah-buahan.
▪️ Agar keturunannya mendirikan solat.
▪️ Agar Allah Swt memberikan keampunan kepadanya dan kepada kedua ibu bapanya dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (Hari Kiamat).
Doa Nabi Ibrahim as ini telah diperkenankan oleh Allah Swt sebagaimana telah terbukti keamanan di Mekah sejak dahulu sampai sekarang. Doa tersebut dipanjatkan ke hadrat Allah Swt sesudah selesai membina Ka’bah bersama puteranya Ismail, di dataran tanah Mekah yang tandus.