Surah 13: Ar-Ra’d (26)

Allah Swt Meluaskan dan Menyempitkan Rezeki bagi Sesiapa yang Dikehendaki-Nya

Surah 13: Ar-Ra’d (26)


Ayat 26

ٱللَّهُ يَبْسُطُ ٱلرِّزْقَ لِمَن يَشَآءُ وَيَقْدِرُ ۚ وَفَرِحُوا۟ بِٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا وَمَا ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَا فِى ٱلْـَٔاخِرَةِ إِلَّا مَتَـٰعٌ

Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki. Mereka bergembira dengan kehidupan di dunia, padahal kehidupan dunia itu (dibandingkan dengan) kehidupan akhirat, hanyalah kesenangan (yang sedikit).

Allah Swt menyatakan bahawa Dia-lah yang meluaskan dan menyempitkan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dia melakukannya berdasarkan hikmah dan keadilan-Nya. Dia mengurniakan rezeki tidak mengira sama ada orang itu beriman ataupun tidak.

Orang-orang kafir bergembira dengan kekayaan yang mereka miliki, padahal itu merupakan penangguhan waktu kepada mereka tetapi mereka tidak menyedarinya sebagaimana firman Allah Swt:

“Adakah mereka menyangka bahawa apa yang Kami berikan kepada mereka daripada harta benda dan anak-pinak itu, (bermakna bahawa) Kami menyegerakan pemberian kebaikan kepada mereka? (Tidak!) Bahkan mereka tidak menyedarinya.”

Al-Mu’minun 23:55-56