
Surah Ar-Ra’d
| Klasifikasi Surah: | Makkiyyah |
| Surah: | 13 |
| Juz: | 13 |
| Jumlah Ayat: | 43 |
| Maksud Surah: | Guruh |
Intisari Surah
Surah ini dinamakan Ar-Ra’d kerana dalam ayat 13 Allah Swt berfirman yang ertinya, “…dan guruh itu bertasbih sambil memuji-Nya”.
Surah ini menegaskan kebenaran Al-Quran dan menjelaskan iktiqad kepercayaan berdasarkan tauhid serta bagaimana kita melihat kekuasaan Allah Swt.
Surah ini bermula dengan kisah orang-orang kafir Quraisy dan disudahi dengan penegasan bahawa sikap mereka yang tidak mahu mengakui kerasulan. Ia tidak menjadi hal bagi Rasulullah saw kerana cukuplah Allah Swt menjadi saksi yang membenarkan kerasulan baginda sebagaimana yang disebutkan di dalam Al-Quran, Taurat dan Injil serta diakui oleh orang-orang jujur yang mengetahui kitab-kitab Allah ini.
Surah ini merupakan surah Makkiyyah:
-
Kajian ayat-ayat (27 – 32) dan (33 – 43) mengisyaratkan surah ini turun di fasa akhir Rasulullah saw di Mekah.
-
Selepas 10 tahun baginda menggunakan pelbagai cara untuk menyeru Quraisy kembali kepada tauhid dan Islam.
-
Para Quraisy mendesak Rasulullah saw menunjukkan bukti kerasulan baginda namun surah ini memaparkan jawapan Allah mengapa pendekatan mukjizat itu tidak menjadi pilihan buat Rasul-Nya.
Segmentasi Surah

Rujukan dari blog Kita Hamba: https://kitahamba.wordpress.com/category/surah-ar-rad/