Manfaat daripada Kisah Para Rasul
Surah 11: Hud (120)
Ayat 120
وَكُلًّا نَّقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنۢبَآءِ ٱلرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِۦ فُؤَادَكَ ۚ وَجَآءَكَ فِى هَـٰذِهِ ٱلْحَقُّ وَمَوْعِظَةٌ وَذِكْرَىٰ لِلْمُؤْمِنِينَ
Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman.
Allah Swt menyatakan bahawa Dia menceritakan kepada Rasulullah saw dan umat Baginda tentang semua kisah para Rasul terdahulu bersama-sama kaum mereka adalah bertujuan:
▪️ Memperkuat dan memperteguhkan hati Baginda saw dalam menyampaikan risalah, kesulitan dalam berdakwah dan bersabar terhadap pendustaan dan seksaan daripada kaumnya yang kufur.
▪️ Memberikan penjelasan tentang kebenaran dan peringatan kepada orang-orang yang beriman.