Surah 9: At-Taubah (105)

Amalan Manusia akan Diperlihatkan ketika Hari Kiamat

Surah 9: At-Taubah (105)


Ayat 105

وَقُلِ ٱعْمَلُوا۟ فَسَيَرَى ٱللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُۥ وَٱلْمُؤْمِنُونَ ۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَـٰلِمِ ٱلْغَيْبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”.

Ayat ini merupakan ancaman daripada Allah Swt kepada orang-orang yang melanggar perintah-Nya bahawa seluruh amal yang mereka lakukan baik atau buruk, akan diperlihatkan kepada-Nya, kepada Rasul-Nya dan juga kepada kaum mukmin. Ini pasti akan berlaku di akhirat ketika dihadapkan di hadapan-Nya akan segala rahsia mereka. Dia juga boleh memperlihatkan keadaan mereka di dunia lagi. Firman-Nya:

“Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Tuhanmu), tiada sesuatupun daripada keadaanmu yang tersembunyi (bagi Allah).”

Al-Haqqah 69:18