Surah 8: Al-Anfal (12 – 14)

Ketentuan Allah Swt terhadap Orang Kafir

Surah 8: Al-Anfal (12 – 14)


Ayat 12

إِذْ يُوحِى رَبُّكَ إِلَى ٱلْمَلَـٰٓئِكَةِ أَنِّى مَعَكُمْ فَثَبِّتُوا۟ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ۚ سَأُلْقِى فِى قُلُوبِ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ ٱلرُّعْبَ فَٱضْرِبُوا۟ فَوْقَ ٱلْأَعْنَاقِ وَٱضْرِبُوا۟ مِنْهُمْ كُلَّ بَنَانٍ

(Ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka tetapkanlah (hati) orang-orang yang beriman. Aku akan mengisi hati orang-orang yang kafir dengan perasaan gerun; oleh itu, pancunglah leher mereka (musuh) dan potonglah tiap-tiap anggota mereka”

  • Keenam: Maksud ayat, “Sesungguhnya Aku menyertai kamu,” ialah wahyu kepada malaikat bahawa Allah Ta’ala bersama orang-orang beriman dalam membantu mereka dan mengukuhkan kedudukan mereka. Ini merupakan khabar gembira buat mereka. Hal ini dapat mendorong mereka untuk berani melawan musuh serta sanggup berjihad.
  • Ketujuh: Memasukkan rasa takut ke dalam hati-hati orang-orang kafir. Ini merupakan nikmat yang sangat besar yang diberikan Allah Ta’ala kepada orang-orang beriman.

Sementara itu Allah Ta’ala memerintahkan orang-orang mukmin agar membunuh orang-orang kafir tepat pada bahagian tubuh mereka yang mematikan dengan cara memukul ubun-ubun dan kepala mereka yang terletak di atas leher serta memukul bahagian tubuh yang tidak mematikan dengan memotong jari-jari tangan dan kaki kerana jari adalah bahagian untuk memegang pedang, tombak dan senjata lainnya. Oleh itu apabila jari-jari mereka telah dipotong, mereka tidak berupaya untuk berperang. Itulah cara yang diajarkan oleh Allah Swt untuk membunuh musuh.

Ayat 13

ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ شَآقُّوا۟ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ ۚ وَمَن يُشَاقِقِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ فَإِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ

(Perintah) yang demikian ialah kerana sesungguhnya mereka menentang Allah dan Rasul-Nya; dan sesiapa yang menentang Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya Allah Maha berat azab seksa-Nya.

Ayat 14

ذَٰلِكُمْ فَذُوقُوهُ وَأَنَّ لِلْكَـٰفِرِينَ عَذَابَ ٱلنَّارِ

Itulah (azab dunia) maka rasalah dia (hai orang-orang kafir). Sesungguhnya orang-orang yang kafir disediakan baginya azab neraka (di akhirat).

Allah Ta’ala menyatakan bahawa sesiapa yang melawan perintah-Nya dan Rasul-Nya serta memusuhi kedua-duanya, selain mereka mendapat kekalahan dan kehinaan, mereka juga akan mendapat seksaan yang keras.

Ayat-ayat ini juga merupakan ayat ancaman keras terhadap orang-orang kafir dan seksaan terhadap mereka ada dua jenis iaitu ada disegerakan azab di dunia dan ada yang ditangguhkan hingga Hari Kiamat.