Surah 5: Al-Maidah (35)

Perintah supaya Bertakwa kepada Allah

Surah 5: Al-Maidah (35)


Ayat 35

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَٱبْتَغُوٓا۟ إِلَيْهِ ٱلْوَسِيلَةَ وَجَـٰهِدُوا۟ فِى سَبِيلِهِۦ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.

Ayat ini merupakan perintah kepada orang-orang yang beriman agar bertakwa iaitu takut kepada seksaan Allah Ta’ala dengan mengerjakan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Salah satu cara untuk mendapat rahmat Allah Ta’ala adalah selalu mendekatkan diri kepadaNya dengan cara-cara yang telah disyariatkan olehNya dan berjuang di jalanNya. 

Wasilah ialah sesuatu amalan yang dilakukan untuk mendapatkan apa yang dikehendaki. Contohnya seorang hamba mendekatkan dirinya kepada Allah swt dengan memperbanyakkan ibadah-ibadah sunat di samping amalan wajib (termasuk dalam bermu’amalah). Allah swt juga mengkhususkan jalan yang utama untuk mendekatkan diri kepadaNya ialah jihad fii sabilillah, iaitu dengan mengerahkan keringat untuk memerangi orang-orang kafir, sama ada dengan harta, jiwa, dan segala usaha membela agama Allah swt sesuai dengan kemampuannya. Ini kerana jihad termasuk ketaatan dan pendekatan diri yang utama.