Kisah Nabi Zakaria as Mendapat Anak (Nabi Yahya as) pada Usia yang Lanjut
Surah 21: Al-Anbiya’ (89 – 90)

Ayat 89
وَزَكَرِيَّآ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُۥ رَبِّ لَا تَذَرْنِى فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلْوَٰرِثِينَ
Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala dia menyeru Rabbnya, “Wahai Rabbku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris yang Paling Baik.”
Ayat 90
فَٱسْتَجَبْنَا لَهُۥ وَوَهَبْنَا لَهُۥ يَحْيَىٰ وَأَصْلَحْنَا لَهُۥ زَوْجَهُۥٓ ۚ إِنَّهُمْ كَانُوا۟ يُسَـٰرِعُونَ فِى ٱلْخَيْرَٰتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا ۖ وَكَانُوا۟ لَنَا خَـٰشِعِينَ
Maka Kami memperkenankan doanya, dan Kami anugerahkan kepadanya Yahya dan Kami jadikan isterinya dapat mengandung. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyuk kepada Kami.
Allah Swt menceritakan tentang hamba-Nya iaitu Nabi Zakaria as ketika baginda meminta kepada-Nya agar mengurniakan seorang anak lelaki yang kelak akan menjadi Nabi sesudah kewafatan baginda. Allah Swt memperkenankan doanya dengan mengurniakan seorang putera lelaki iaitu Nabi Yahya as. Kisah ini telah disebutkan dalam Surah Maryam dan Ali ‘Imran.