Allah Swt Menciptakan Pakaian untuk Menutup Aurat
Surah 7: Al-A’raf (26)
Ayat 26
يَـٰبَنِىٓ ءَادَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَٰرِى سَوْءَٰتِكُمْ وَرِيشًا ۖ وَلِبَاسُ ٱلتَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ ۚ ذَٰلِكَ مِنْ ءَايَـٰتِ ٱللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
Allah Swt dengan segala kemurahan-Nya mengurniakan nikmat kepada manusia berupa penciptaan pakaian untuk menutup aurat dan juga pakaian sebagai perhiasan. Dia menjadikan pakaian untuk menutup aurat adalah sesuatu yang utama, manakala pakaian perhiasan hanyalah sebagai pelengkap atau tambahan sahaja.
Menurut Abdurrahman bin Zaid maksud ayat, “dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya.” ialah seseorang itu bertakwa kepada Allah Swt dengan menutup aurat.