Balasan bagi Orang Bertakwa
Surah 3: Ali ‘Imran (136)
Ayat 136
أُو۟لَـٰٓئِكَ جَزَآؤُهُم مَّغْفِرَةٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَجَنَّـٰتٌ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيهَا ۚ وَنِعْمَ أَجْرُ ٱلْعَـٰمِلِينَ
Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.
Setelah Allah Swt menerangkan sifat-sifat orang-orang yang bertakwa, dalam ayat ini pula Dia menerangkan bahawa Dia akan memberikan balasan kepada mereka berupa keampunan atas dosa-dosa mereka dan Syurga-Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya dan ini merupakan sebaik-baik balasan kepada hamba-hamba-Nya yang bertakwa. Semoga kita termasuk dalam golongan orang-orang yang bertakwa.