Larangan Memakan Riba dan Perintah untuk Bertaubat dan Bertakwa
Surah 3: Ali ‘Imran (130 – 132)
Ayat 130
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَأْكُلُوا۟ ٱلرِّبَوٰٓا۟ أَضْعَـٰفًا مُّضَـٰعَفَةً ۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah supaya kamu berjaya.
Allah Swt melarang orang-orang beriman melakukan transaksi riba. Ini kerana pada masa jahiliah, apabila seseorang berhutang dan telah tamat tempoh pembayarannya, piutang (orang yang memberi hutang) akan mengenakan sejumlah bayaran tambahan sekiranya orang yang berhutang tidak dapat membayarnya. Oleh itu, setiap tahun jumlah hutangnya semakin bertambah.
Allah Swt memerintahkan hamba-hamba-Nya yang beriman agar bertakwa kepada-Nya dan menjanjikan kebahagiaan dan keuntungan bagi mereka iaitu selamat daripada azab Neraka dan mendapat pahala yang besar iaitu berupa Syurga.
Ayat 131
وَٱتَّقُوا۟ ٱلنَّارَ ٱلَّتِىٓ أُعِدَّتْ لِلْكَـٰفِرِينَ
Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, supaya kamu diberi rahmat.
Ini adalah peringatan Allah Swt kepada hamba-hamba-Nya agar tidak terjerumus ke dalam api neraka yang disediakan untuk orang-orang kafir dan ada di antara penghuninya ialah orang-orang yang mengamalkan riba dalam urusan muamalatnya.
Ayat ini sangat menakutkan kerana mengandungi ancaman kepada orang-orang mukmin dengan seksaan neraka yang disediakan kepada orang-orang yang ingkar. Dalam surah Al-Baqarah yang lalu telah disebutkan bahawa Allah Swt dan Rasul-Nya mengumumkan perang dan permusuhan terhadap para pengamal riba. Firman-Nya:
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu.”
Al-Baqarah 2:278-279
Allah Swt mengancam dan memperingatkan mereka agar memelihara diri dengan meninggalkan segala perbuatan yang menyebabkan masuk neraka.
Ayat 133
وَسَارِعُوٓا۟ إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا ٱلسَّمَـٰوَٰتُ وَٱلْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa;
Allah Swt memerintahkan orang-orang yang beriman agar mereka taat kepada-Nya dan Rasul-Nya dalam perkara-perkara yang dilarang termasuk larangan mengambil riba supaya Dia merahmati dan menyayangi mereka dunia dan akhirat dengan memberikan pahala yang baik atas amal perbuatan baik mereka.