Surah Yusuf
Klasifikasi Surah: | Makkiyyah |
Surah: | 12 |
Juz: | 12 (1 – 52) 13 (53 – 111) |
Jumlah Ayat: | 111 |
Maksud Surah: | Nabi Yusuf as |
Intisari Surah
Surah ini dinamakan surah Yusuf kerana isi utamanya adalah tentang Nabi Yusuf as. Kisah Baginda merupakan salah satu di antara kisah-kisah ghaib yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw. Kisah ini adalah sebagai mukjizat kepada Baginda, kerana sebelum diturunkan surah ini Baginda tidak mengetahuinya.
Allah swt menceritakan kisah Nabi Yusuf as ini kepada Nabi Muhammad saw agar Baginda dapat mengambil iktibar dalam berdakwah. Kisah ini juga dapat mententeramkan hati Baginda yang sentiasa mendapat tentangan dalam menjalankan tugasnya.