Allah Swt Maha Mengetahui Segala Sesuatu
Surah 3: Ali ‘Imran (29)
Ayat 29
قُلْ إِن تُخْفُوا۟ مَا فِى صُدُورِكُمْ أَوْ تُبْدُوهُ يَعْلَمْهُ ٱللَّهُ ۗ وَيَعْلَمُ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ ۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya; dan Dia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Allah Swt menyatakan kepada hamba-hamba-Nya bahawa Dia mengetahui segala rahsia sama ada yang tersembunyi ataupun yang nyata. Ilmu dan kekuasaan-Nya meliputi segala sesuatu.
Hal ini merupakan peringatan kepada orang-orang beriman agar sentiasa berasa sentiasa diawasi sehingga takut untuk melakukan perkara-perkara yang dilarang dan dimurkai Allah Ta’ala.