Surah 3: Ali ‘Imran (8 – 9) 

Doa Dijauhkan dari Kesesatan  

Surah 3: Ali ‘Imran (8 – 9) 


Ayat 8

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلْوَهَّابُ

(Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Ayat 9

رَبَّنَآ إِنَّكَ جَامِعُ ٱلنَّاسِ لِيَوْمٍ لَّا رَيْبَ فِيهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُخْلِفُ ٱلْمِيعَادَ

“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

Ayat 8 dan 9 ini menjelaskan bahawa ini adalah doa oleh orang-orang yang mempunyai ilmu yang mendalam agar mereka diberikan keteguhan di atas hidayah dan memperoleh pahala. Mereka sentiasa takut terjerumus ke dalam kesesatan. Oleh itu mereka sentiasa memohon rahmat dan bimbingan daripada Allah Ta’ala. Mereka juga sangat yakin kepada hari pembalasan dan tidak pernah meraguinya serta mereka yakin bahawa Allah tidak pernah memungkiri janjiNya. 

Ummu Salamah ra, dia berkata, Rasulullah saw sering berdoa: 

“Wahai Rabb yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu.” 

(HR. Ibnu Abi Hatim)