Surah 84: Al-Insyiqaq (1 – 5)

Keadaan Langit dan Bumi pada Hari Kiamat

Surah 84: Al-Insyiqaq (1 – 5)


Ayat 1

إِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنشَقَّتْ

Apabila langit terbelah.

Allah Swt memulai surah ini dengan menyatakan peristiwa Hari Kiamat. Pada hari itu segala sistem pergerakan bintang-bintang dan alam semesta sudah tidak teratur lagi. Langit akan terbelah pada hari tersebut.

Ayat 2

وَأَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ

Dan patuh kepada Rabbnya, dan sudah semestinya langit itu patuh.

Keadaan ini berlaku kerana langit sangat patuh kepada perintah Allah Swt Yang Maha Agung. Pada hari itu tidak ada sesuatu pun yang dapat menghalang kehendak-Nya.

Ayat 3

وَإِذَا ٱلْأَرْضُ مُدَّتْ

Dan apabila bumi diratakan.

Bumi pula akan diratakan dan diluaskan kerana gunung-gunung dan apa yang ada di atas bumi telah hancur.

Ayat 4

وَأَلْقَتْ مَا فِيهَا وَتَخَلَّتْ

Dan memuntahkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong.

Kemudian bumi mengeluarkan isi-isinya yang ada di dalam perutnya termasuk mayat-mayat di dalam kubur sehingga tidak ada lagi yang tertinggal di dalamnya.

Ayat 5

وَأَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ

Dan patuh kepada Rabbnya, dan sudah semestinya bumi itu patuh.

Sebagaimana langit patuh kepada Allah Swt begitulah juga dengan bumi, sudah pasti ia tidak berani menentang perintah-Nya.