
Surah Al-Insyiqaq
| Klasifikasi Surah: | Makkiyyah |
| Surah: | 84 |
| Juzuk: | 30 |
| Jumlah Ayat: | 25 |
| Maksud Surah: | Terbelah |
Intisari Surah
Surah ini dinamakan Al-Insyiqaq “Terbelah” kerana diambil daripada perkataan ٱنشَقَّتْ yang terdapat pada permulaan surah ini, di mana ia merujuk kepada peristiwa langit terbelah pada Hari Kiamat.
Surah ini menceritakan tentang dahsyatnya Hari Kiamat dan balasan bagi setiap amalan manusia.
Isi Kandungan Utama
Peristiwa Hari Kiamat (ayat 1-5): Menceritakan tanda-tanda kiamat apabila langit terbelah, bumi diratakan dan mengeluarkan segala isi yang ada di dalamnya demi patuh kepada perintah Allah Swt.
Pertemuan dengan Allah Swt (ayat 6-15): Manusia pasti akan kembali dan menghadap Tuhan. Orang yang menerima buku amalan dari sebelah kanan akan mendapat hisab yang mudah dan balasan syurga. Sebaliknya, orang yang menerima buku dari belakang (dengan tangan sebelah kiri) akan merana dan dicampakkan ke dalam neraka kerana ketika di dunia mereka lalai serta bersuka-ria tanpa beriman.
Peringkat Kehidupan Manusia (ayat 16-25): Manusia melalui pelbagai peringkat kehidupan dan kesukaran. Surah ini diakhiri dengan amaran keras kepada orang kafir yang enggan sujud kepada Allah Swt apabila mendengar Al-Quran dan janji balasan azab yang pedih bagi mereka yang mendustakan kebenaran.