
Surah Al-Infitar
| Klasifikasi Surah: | Makkiyyah |
| Surah: | 82 |
| Juzuk: | 30 |
| Jumlah Ayat: | 19 |
| Maksud Surah: | Terbelah |
Intisari Surah
Surah ini dinamakan Al-Infitar yang diambil daripada perkataan asal daripada perkataan Infatarat (ٱنفَطَرَتْ – terbelah) yang terdapat pada ayat pertama dalam surah ini. Perkataan ini merujuk kepada keadaan langit pada Hari Kiamat.
Surah ini menggambarkan huru-hara Hari Kiamat dan menegur sikap derhaka manusia serta catatan amal oleh malaikat.
Isi Kandungan Utama
Kedahsyatan Hari Kiamat: Langit terbelah, bintang-bintang gugur berserakan, air laut melimpah dan kubur dibongkar untuk membangkitkan orang mati.
Teguran kepada Manusia: Allah Swt memberi teguran kepada manusia yang terpedaya dan derhaka kepada Tuhan yang telah mencipta tubuh badan mereka dengan sempurna. Allah mengingatkan bahawa ada malaikat yang sentiasa mengawasi serta mencatat setiap amal perbuatan baik dan buruk manusia.
Balasan di Akhirat: Orang yang berbuat baik akan mendapat nikmat syurga manakala orang yang derhaka diseksa dalam neraka. Pada hari itu, tiada siapa mampu menolong orang lain kerana segala kuasa mutlak milik Allah Swt.