
Surah ‘Abasa
| Klasifikasi Surah: | Makkiyyah |
| Surah: | 80 |
| Juzuk: | 30 |
| Jumlah Ayat: | 42 |
| Maksud Surah: | Dia Bemuka Masam |
Intisari Surah
Surah ini dinamakan ‘Abasa yang bermaksud “Dia Bermuka Masam,” diambil daripada perkataan ‘Abasa (عَبَسَ) yang terdapat pada ayat pertama surah ini.
Surah ini bermula dengan teguran Allah Swt kepada Nabi Muhammad saw kerana bermasam muka dan berpaling apabila didatangi oleh sahabat yang buta ketika baginda sedang sibuk berdakwah kepada pembesar Quraisy.
Isi Kandungan Utama
Teguran Adab dan Dakwah: Allah Swt mengajar bahawa nilai seseorang di sisi-Nya bukan pada kedudukan harta dan pangkat tetapi pada keimanan dan ketakwaan.
Nikmat dan Kejujuran Manusia: Mengingatkan manusia tentang asal usul kejadian diri daripada setitis air mani dan bagaimana Allah memudahkan rezeki serta jalan hidup mereka.
Nikmat Allah Swt pada Alam: Menyebutkan bukti kekuasaan Allah melalui tumbuh-tumbuhan, bijiran, buah-buahan dan rumput hijau untuk keperluan manusia serta haiwan ternakan.
Kengerian Hari Kiamat: Menggambarkan dahsyatnya Hari Kiamat di mana seseorang lari daripada saudara, ibu bapa dan anak-anak kerana masing-masing sibuk menyelamatkan diri sendiri.
Keadaan Wajah Manusia di Akhirat: Wajah orang beriman berseri-seri penuh kegembiraan manakala wajah orang kafir ditutupi debu kesedihan dan kegelapan.