Muqaddimah-Al-Muzammil

Surah Al-Muzammil

Surah Al-Muzammil


Klasifikasi Surah:Makkiyyah
Surah:73
Juzuk:29
Jumlah Ayat:20
Maksud Surah:Orang yang Berselimut

Intisari Surah

Surah ini dinamakan Al-Muzzammil yang bererti “Orang yang berselimut” diambil daripada perkataan Al-Muzzammil (المزمّل) yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Yang dimaksudkan dengan orang yang berselimut merujuk kepada panggilan Allah Swt kepada Nabi Muhammad saw untuk memulakan persiapan rohani dan mental bagi menghadapi tugas berat menyampaikan wahyu.

Isi Kandungan Utama

Perintah Qiamullai: Allah Swt meminta Nabi Muhammad saw supaya bangun solat malam, membaca Al-Quran dengan tartil dan bersabar menanggung beban risalah.

Sabar dan Tawakal: Perintah agar bersabar menghadapi kata-kata penentang dan menyerahkan urusan kepada Allah semata-mata.

Kisah Pembalasan Firaun: Mengingatkan kisah Firaun yang ingkar kepada Nabi Musa as lalu diazab oleh Allah Swt, sebagai amaran kepada kaum musyrik Mekah.

Keringanan dalam Syariat: Allah memberi kelonggaran tempoh solat malam kerana kesibukan umat Islam seperti sakit atau mencari rezeki, dan diakhiri dengan perintah mendirikan solat wajib, zakat dan beristighfar.