Al-Quran Adalah Peringatan bagi Seluruh Alam
Surah 68: Al-Qalam (52)
Ayat 52
وَمَا هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ لِّلْعَـٰلَمِينَ
Dan Al-Quran itu tidak lain adalah peringatan bagi seluruh alam.
Allah Swt menutup surah ini dengan menerangkan keagungan Al-Quran iaitu ia adalah sebuah kitab yang memberi kemuliaan, peringatan dan nasihat untuk seluruh alam. Sesiapa yang mengikuti ajaran di dalamnya dan tidak mendustakan Rasulullah saw pasti akan mendapat kemuliaan.
Firman Allah Swt dalam ayat-ayat yang lain:
“(Al-Quran) ini adalah keterangan yang jelas untuk semua manusia, dan menjadi petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang bertakwa.”
Ali ‘Imran 3: 138
“Sesungguhnya Al-Quran ini memberikan petunjuk ke (jalan) yang paling lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa mereka akan mendapat pahala yang besar.”
Al-Isra’ 17: 9