Larangan Bersikap Kikir
Surah 57: Al-Hadid (24)
Ayat 24
ٱلَّذِينَ يَبْخَلُونَ وَيَأْمُرُونَ ٱلنَّاسَ بِٱلْبُخْلِ ۗ وَمَن يَتَوَلَّ فَإِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلْغَنِىُّ ٱلْحَمِيدُ
(Iaitu) Orang-orang yang kikir dan menyuruh manusia menjadi kikir. Dan barangsiapa yang berpaling (dari perintah-perintah Allah) maka sesungguhnya Allah Dia-lah Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
Sesungguhnya Allah Swt tidak menyukai orang-orang yang sombong, takabbur dan membanggakan diri serta bakhil dengan harta yang dimilikinya dengan tidak berinfak pada jalan-Nya dan bersedekah kepada kaum fakir miskin. Malahan mereka mempengaruhi orang lain untuk bersikap bakhil seperti mereka.
Ayat ini merupakan ancaman keras kepada orang-orang yang bakhil, iaitu tidak mahu menunaikan apa yang telah diwajibkan ke atas mereka. Mereka ini bukan sahaja melakukan kemungkaran, malah mereka mendorong pula manusia lain menjadi kikir seperti mereka. Allah menjelaskan bahawa Dia tidak memerlukan sesiapa pun kerana Dia Maha Kaya lagi Maha Terpuji.