Muqaddimah-Ar-Rahman

Surah Ar-Rahman

Surah Ar-Rahman


Klasifikasi Surah:Makkiyyah
Surah:55
Juzuk: 27
Jumlah Ayat:78
Maksud Surah:Yang Maha Pemurah

Intisari Surah

Surah ini dinamakan dengan Ar-Rahman kerana diambil daripada perkataan Ar-Rahman yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Ar-Rahman adalah salah satu daripada Asmaul Husna iaitu nama-nama Allah Swt yang terbaik. Surah ini berpusat pada manifestasi sifat kasih sayang Allah Swt terhadap seluruh makhluk-Nya.

Ciri khas surah ini adalah terdapat kalimah yang berulang sebanyak 31 kali iaitu

(فَبِأَيِّ آَلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ)

(Maka nikmat Rabbmu yang manakah yang kamu dustakan?) yang terletak pada akhir setiap ayat yang menjelaskan kurniaan Allah Swt yang diberikan kepada manusia.

Isi Kandungan Utama

Pemberian Nikmat: Allah Swt menegaskan segala nikmat besar-Nya mengajarkan Al-Quran, menciptakan manusia serta mengatur alam semesta.

Peringatan (Ibrah): Mengingatkan bahawa semua makhluk di bumi akan binasa, hanya Allah Swt yang kekal.

Balasan Akhirat: Perincian mengenai azab bagi golongan yang ingkar serta balasan syurga dengan penuh nikmat bagi hamba yang taat.