Surah 47: Muhammad (24)

Perintah Mentadabbur iaitu Merenungi dan Memahami Ayat-ayat Al-Quran

Surah 47: Muhammad (24)


Ayat 24

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ ٱلْقُرْءَانَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَآ

Maka apakah mereka tidak memerhatikan Al-Quran atau apakah hati mereka terkunci?

Pertanyaan ini ditujukan kepada orang-orang yang tidak dapat mendengar dan melihat kebenaran berupa nasihat yang sangat bermanfaat, hujjah-hujjah yang nyata dan bukti yang pasti.

Allah Swt menyatakan hal ini terjadi disebabkan sama ada mereka tidak mahu memikirkan dan merenungkan pengajaran yang terdapat dalam Al-Quran ataupun hati mereka telah tertutup.

Ayat ini juga merupakan dalil Allah Swt memerintahkan manusia agar memikirkan dan memahami isi kandungan Al-Quran dan melarang berpaling daripadanya.