Surah 39: Az-Zumar (52)

Ketentuan Rezeki Seseorang adalah Ditetapkan oleh Allah Swt

Surah 39: Az-Zumar (52)


Ayat 52

أَوَلَمْ يَعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ يَبْسُطُ ٱلرِّزْقَ لِمَن يَشَآءُ وَيَقْدِرُ ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَـٰتٍ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah melapangkan rezeki dan menyempitkannya bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya? Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.

Allah Swt menyatakan bahawa Dia-lah yang melapangkan dan menyempitkan rezeki kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya.

Sesungguhnya dalam hal ini terdapat tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah Swt bagi orang-orang yang beriman. Ini kerana orang-orang beriman mengambil manfaat daripada tanda-tanda tersebut. Mereka itulah orang-orang yang beruntung.

Firman Allah Swt dalam ayat-ayat yang lain:

“Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Mereka bergembira dengan kehidupan di dunia, padahal kehidupan dunia itu (dibandingkan dengan) kehidupan akhirat, hanyalah kesenangan (yang sedikit).”

Ar-Ra’d 13:26

“Dan tidakkah mereka memperhatikan bahawa sesungguhnya Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan Dia (pula) yang menyempitkan (bagi sesiapa) yang Dia kehendaki. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.”

Ar-Rum 30:37