Kedudukan Para Malaikat yang Taat Menjalankan Perintah Allah Swt
Surah 37: As-Saffat (164 – 166)
Ayat 164
وَمَا مِنَّآ إِلَّا لَهُۥ مَقَامٌ مَّعْلُومٌ
Dan tidak satu pun di antara kami (malaikat) melainkan masing-masing mempunyai kedudukan tertentu.
Ayat 165
وَإِنَّا لَنَحْنُ ٱلصَّآفُّونَ
Dan sesungguhnya kami benar-benar sentiasa berbaris (bersaf-saf dalam melaksanakan perintah Allah).
Ayat 166
وَإِنَّا لَنَحْنُ ٱلْمُسَبِّحُونَ
Dan sesungguhnya kami benar-benar sentiasa bertasbih (kepada Allah).
Allah Swt membersihkan para malaikat daripada apa yang dinisbahkan oleh orang-orang musyrik yang mengatakan bahawa malaikat itu adalah anak-anak perempuan-Nya. Dia menceritakan tentang ucapan para malaikat:
▪️ Setiap malaikat mempunyai kedudukan yang khusus di langit juga tempat beribadah yang tidak pernah mereka tinggalkan.
Daripada ‘Aisyah ra, Rasulullah saw bersabda:
“Tidak ada satu pun tempat di langit dunia melainkan di situ terdapat malaikat yang sedang sujud dan berdiri (beribadah).”
(HR. At-Tabari)
Daripada Ibnu Mas’ud ra, Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya di antara banyak langit itu ada satu langit yang tidak ada satu ruang sejengkal pun melainkan di situ terdapat dahi malaikat atau kedua-dua kakinya (sedang beribadah kepada Allah).”
(HR. At-Tabari)
▪️ Malaikat sentiasa taat dan tunduk kepada perintah Allah Swt.
▪️ Malaikat sentiasa bertasbih memuji dan mensucikan-Nya daripada segala sifat kekurangan.