Surah 2: Al-Baqarah (1) 

Huruf-Huruf Muqatta’ah (Pembukaan Surah) 

Surah 2: Al-Baqarah (1) 


الٓمٓ

Alif, Laam, Miim.

Alif Lam Mim merupakan huruf-huruf muqatta’ah iaitu huruf yang terputus-putus. Huruf-huruf ini terdapat pada permulaan sebahagian daripada surah-surah dalam Al-Quran seperti: Alif Lam Mim, Alif Lam Ra, Alif Lam Mim Sad dan lain-lain lagi. 

Kebanyakan ahli-ahli tafsir menyerahkan pengertiannya kepada Allah swt. Ini kerana huruf-huruf muqatta’ah ini dikategorikan sebagai ayat-ayat mutasyaabihat. Ada juga yang mentafsirkannya dengan cara lain. Namun begitu, huraian tentang hal ini tidak dibincangkan di sini.